pahangdaily pahangdaily Author
Title: Husam: Kalau Benar Saya & Isteri "Cerai" Sila Bawa Ke Mahkamah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa mencabar PAS Kelantan mengheret bekas pemimpin parti itu ke Mahkamah Syariah kerana melanggar bai’ah par...
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa mencabar PAS Kelantan mengheret bekas pemimpin parti itu ke Mahkamah Syariah kerana melanggar bai’ah parti yang antara lain menyebut mereka jatuh talak dengan isteri masing-masing sekiranya meninggalkan PAS.
Husam, bekas Naib Presiden PAS yang dilucutkan daripada parti dan kini menganggotai Amanah, bagaimanapun berkata PAS tidak berani berbuat demikian.
“Saya menawarkan diri untuk menjadi kes ujian terhadap validity bai’ah Pas itu. Biar Mahkamah Syariah meneliti dan memutuskan kes ini berbanding pemimpin tanpa kelayakan untuk memfatwakannya,” kata Husam.
Menurutnya, sekiranya PAS gagal mengambil tindakan mahkamah, parti itu harus meminta maaf kepadanya.
Sabtu lepas, mesyuarat agung PAS Tanah Merah meluluskan sebulat suara usul membawa wakil rakyat PAS yang melanggar sumpah taklik dan bai’ah ke Mahkamah Syariah.
Antara lain, ia mendakwa perbuatan wakil rakyat PAS “lompat parti dan membawa lari kerusi PAS” adalah memalukan, dan menambah sumpah bai’ah itu dicadangkan arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Husam, bekas exco kanan Kelantan yang dilihat rapat dengan Nik Aziz, berkata bekas menteri besar kelantan itu tidak pernah membangkit isu pelanggaran bai’ah sama ada secara tertutup atau terbuka.
“Malang, pemimpin kecil yang datang kemudian berlagak tahu segala-galanya.”
Menurut Husam, usul itu menunjukkan PAS “tidak mempunyai idea konstruktif selain isu-isu tidak produktif seperti ini”.
“Talak tidak akan jatuh seperti yang menghantui pemikiran sesetengah pimpinan PAS yang galak mempolitikkan isu ini. Insya Allah ia hanya akan memalukan PAS sendiri.”
Selain Husam yang merupakan Adun Salor, 3 bekas wakil rakyat PAS yang dikatakan melanggar bai’ah itu ialah Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Dati Ibrahim Ali, yang bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas pada 2008 sebelum mengisytiharkan dirinya tidak berparti. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Monday, March 13, 2017 7:00:00 PM

Takda maknonyo bawok ko mahkamoh atau tidok, yg menanggungnyo demo, demi keselamate dunio den akhirat demo den bini demo, demo ye sepatunyo gi mitok pandange mahkamoh syariah, idup kat dunio ni kejap jah. Yeng lamonyo kat akhirat. Kalau demo raso baiah demo dok mentalokke demo, demo go on jah, tapi kalu raso was was, panda2 lah demo aturke hidup demo. Masuk syurgo ko masuk nerako ko, tu pilihe demo. Ore lain dokleh wat gapo2.

Nobody said... Monday, March 13, 2017 7:31:00 PM

Dalam akta kontrak 1950, kalau kontrak berkaitan menyalahi undang2 kontrak tersebut adalah batal dari permulaannya (void ap initio) serta tidak mengikat.

Dalam islam pula bolehkah kita bernazar melakukan perkara mungkar contohnya kalau kita lulus periksa kita berzina??? Tak boleh dan haram!!!

Menceraikan isteri tanpa sebab2 yang dibenarkan syarak adalah menganiayai kaum wanita dan merupakan perbuatan mungkar oleh itu ianya adalah haram dan void ap initio serta tidak mengikat!!! Dah tau haram dan tak mengikat kenapa pemimpin pas bodoh nak mampos suruh baiah cerai isteri??? Banyak lagi baiah lain contohnya menderma kepada fakir miskin rm 50 ribu dan sebagainya!!!

Lain kali kalau nak cakap fikir dulu!!! Kalau jadi walaun kena jadi bodoh nuga ke???

 
Top