[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Husam Di Arahkan Keluar Dewan Selepas 'Ingkar Arahan' Speaker !


KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa diarah Speaker Datuk Abdullah Ya'kub meninggalkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas mengingkari peraturan Dewan.

Perintah kepada bekas Exco kerajaan negeri itu dikeluarkan pada penghujung persidangan iaitu kira-kira lima minit sebelum sidang DUN tamat.

Tindakan itu dibuat selepas Speaker beberapa kali memberi amaran lisan kepada Husam kerana tindakannya mencelah dan mengganggu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang sedang menggulung titah Pemangku Raja Kelantan.

Husam sebelum itu bangun mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri Datuk Nassuruddin Daud yang bercakap mengenai isu sumpah, baiah dan lafaz taklik ketika sesi penggulungan.

Bagaimanapun Ahmad enggan memberi laluan.

Abdullah kemudian beberapa kali mengarahkan Husam duduk dan memberi laluan kepada Ahmad untuk menyambung penggulungannya namun terus diingkari Husam, menyebabkan beliau diarahkan keluar dewan.

Husam ketika ditemui pemberita di luar dewan berkata beliau terkejut selepas diarahkan keluar dewan namun bertekad untuk terus hadir persidangan DUN akan datang.

Sementara itu, Ahmad berkata setiap Adun perlu mematuhi peraturan dewan kerana kerajaan memberi peluang untuk berbahas pada Selasa, namun tidak digunakan oleh Husam untuk berbuat demikian. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]