pahangdaily pahangdaily Author
Title: Idris Ahmad: Kos Saman Sarawak Report, Ahli PAS Derma RM70,500
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PAS berkata parti itu berjaya mengutip derma £13,000 (RM70,500) daripada ahli parti untuk membiayai kos tindakan undang-u...
KUALA LUMPUR: PAS berkata parti itu berjaya mengutip derma £13,000 (RM70,500) daripada ahli parti untuk membiayai kos tindakan undang-undang terhadap portal Sarawak Report yang menuduhnya menerima RM90 juta daripada perdana menteri.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini turut menjelaskan, partinya belum lagi memfailkan saman ke atas Sarawak Report, kerana ia mengambil masa.
“Nak saman memang lama,” kata Idris. “Mahkamah sana bukan mahkamah di Londang (Melaka) tapi London.”
Sarawak Report pada Ogos 2015 mendakwa pimpinan PAS menerima sejumlah RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak.
Idris berkata, PAS mensasarkan lebih banyak dana bagi membiayai tindakan mahkamah.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa parti itu sudah menyerahkan notis undang-undang kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, pada 13 Disember, menuntut artikel ditarik balik, di samping memohon maaf.
Bagaimanapun, selepas tempoh tamat, Clare ketika dihubungi  pada 25 Disember berkata pihaknya belum terima sebarang dokumen daripada PAS.
Idris berkata proses itu masih lagi berjalan.
“Sedang berurusan lagi di sana. Kita tak boleh beritahu perinciannya,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top