pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Terjah NGO Angkara, Tersiar Dalam Slot "Titik Sentuhan" TV1 Malam Tadi !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Isu terjah jalan rosak di By Pass Bukit Sekilau ke Indera Mahkota dekat sini telah disiarkan dalam rancangan "Titik Sen...

KUANTAN: Isu terjah jalan rosak di By Pass Bukit Sekilau ke Indera Mahkota dekat sini telah disiarkan dalam rancangan "Titik Sentuhan TV1" jam 7.30 malam tadi dan ulangannya jam 12.30 tengah malam dan 4.30 pagi esok. Demikian dilaporkan oleh NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menerusi posting terbaru mereka. 



Difahamkan isu tersebut telah diterjah pada 22 Februari yang lalu, dan ia mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuantan. Satu kenyataan balas dan jawapan terhadap isu itu telah dibuat di ruangan komen page rasmi Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) pada 28 Februari.


Menurut Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli beliau telah dihubungi oleh krew penerbitan rancangan "Titik Sentuhan TV1" pada 10 Mac 2017. 


"Mereka berminat dengan isu tersebut dan mahu membuat rakaman. Saya kemudian telah membawa mereka ke lokasi untuk tujuan tersebut... Alhamdulillah dalam tempoh tak sampai dua minggu ia disiarkan oleh RTM malam tadi. Ini sesuatu yang baik dan saya ucapkan terima kasih atas sokongan RTM dan rakyat secara keseuluruhannya terhadap NGO Angkara. Sokongan semua amat dihargai dan menyemarakkan lagi api perjuangan untuk membela rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing", jelas Shukri.


Difahamkan pihak JKR Daerah Kuantan telah membaik pulih jalan tersebut pada hari yang sama rakaman TV1 dibuat. Tinjaun ke lokasi oleh krew 


Skuad Terjah juga mendapati kerja-kerja berkenaan selesai pada hari tersebut juga. Ini membuktikan, isu rakyat yang diperjuangkan oleh NGO Angkara mendapat perhatian daripada pihak terbabit.


 Ia satu pertanda baik, bahawa suara rakyat mula didengari. Orang ramai boleh layari laman blog eksklusif Angkara di www.angkaraterjah.blogspot.my unuk melihat lain-lain isu terjah NGO terbabit. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, March 24, 2017 7:40:00 AM

VIDEO TITIK SENTUHAN
---------------------

VIDEONYA SANGAT BAGUS DAN TERANG [LUCID]

SAYA SYORKAN MEREKA BUAT TINJAUN KE TASIK CHINI YANG
KINI NAZAK DEK PEMBALAKAN DAN PERLOMBONGAN BAUXIT.
INI ADALAH AREA OF INTEREST KERANA IA MENGANCAM ALAM SEKITAR NEGARA DAN SUMBER AIR BERSIH UNTUYK ORANG ASAL DAN ORANG KAMPONG MELAYU PENGLIBATAN KRONI DAN MAT KERABAT MESTI DI KAITKAN DENGAN KERAKUSAN MEMBALAK
DAN MELOMBONG

TOKMAN

 
Top