pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jangan Di Pandang Ringan, Bai’ah Cerai Isteri Antara "Kita Dan Allah"
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PAS hari ini memberi peringatan kepada wakil rakyatnya mengambil serius bai’ah “talak” yang dibuat ketika bertanding pili...
KUALA LUMPUR: PAS hari ini memberi peringatan kepada wakil rakyatnya mengambil serius bai’ah “talak” yang dibuat ketika bertanding pilihan raya, dengan berkata ia perkara yang tidak boleh dipandang ringan.
“Saya takut dengan bai’ah, kamu pernah dengar bai’ah tu? Memang menggerunkan saya. Bagi saya bukan soal talak, cerai. Soal bercerai bukan benda biaasa tapi yang paling takut antara kita dengan Allah,” kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad di luar Dewan Rakyat hari ini.
Idris yang juga naib presiden PAS, mengulas cabaran bekas pemimpin PAS, Datuk Husam Musa supaya PAS membiarkan mahkamah syariah menentukan status perkahwinannya kerana meninggalkan perjuangan PAS.
Husam, yang dilucutkan keahliannya daripada PAS tahun lalu, menawarkan diri menjadi kes ujian terhadap bai’ah PAS itu, selepas mesyuarat agung PAS Tanah Merah meluluskan sebulat suara usul membawa wakil rakyat parti yang melanggar sumpah taklik dan bai’ah ke Mahkamah Syariah.
“Biar mahkamah syariah meneliti dan memutuskan kes ini berbanding pemimpin tanpa kelayakan untuk memfatwakannya,” kata Husam.
Sumpah bai’ah yang wajib dilafazkan calon PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 2013 antara lain menghendaki mereka yang menang kerusi DUN atau Parlimen kekal dengan parti, jika tidak, jatuh talak tiga dengan isteri.
Selain Husam yang merupakan Adun Salor, 3 bekas wakil rakyat PAS yang dikatakan melanggar bai’ah itu ialah Datuk Kamarudin Jaafar (PKR-Tumpat), Dr Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai) dan Datuk Ibrahim Ali, yang bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas pada 2008 sebelum mengisytiharkan dirinya tidak berparti.
Idris enggan mengulas cabaran Husam, dan berkata terpulang kepadanya sama ada untuk mematuhi bai’ah tersebut.
“Saya takut, tapi kalau orang lain tak takut dia punya pasal la. Saya tak boleh paksa orang.”. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top