pahangdaily pahangdaily Author
Title: Janji Bina Rumah Generasi Kedua Felda, "Indah Khabar Dari Rupa" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Janji untuk membina rumah buat peneroka Felda generasi kedua hanyalah janji manis yang diulang-ulang saban tahun teta...

KUALA LUMPUR: Janji untuk membina rumah buat peneroka Felda generasi kedua hanyalah janji manis yang diulang-ulang saban tahun tetapi tidak pernah menampakkan hasil, ujar Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Mazlan Aliman.
Beliau merujuk pengumuman perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak pada November 2012 menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 untuk membina 20,000 unit rumah dalam masa lima tahun.
“Sehingga hari ini, ‘indah khabar dari rupa’,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman sosialnya baru-baru ini.
“Tambahan itu, (Tan Sri) Isa Samad (mantan Pengerusi Felda) juga berjanji akan melaksanakan projek pada awal 2016, kemudiannya ditunda, beliau berjanji lagi pada akhir 2016 dan kemudian ditunda lagi hingga hari ini, beliaulah ‘Raja Janji’”.
Walaupun tidak merujuk mana-mana projek terbaru, Mazlan dipercayai merujuk Program Perumahan Berperancangan Generasi Kedua yang diumumkan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada Selasa lalu.
Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) turut mendakwa RM193 juta peruntukan rakyat yang sepatutnya disalurkan kepada projek peneroka generasi kedua tidak dapat dikesan.
“Oleh itu, ANAK menggesa Felda mendedahkan penyata kewangan Felda kepada rakyat,” ujarnya.
Malah, katanya projek perumahan Sentuhan Kasih yang menelan kos besar RM120 juta menimbulkan tanda tanya kerana sehingga kini hanya 100 unit rumah sahaja yang telah dibina.
“Malah terdapat juga projek ‘sakit’ di beberapa Felda utama seperti di Pahang, Felda Bukit Sagu, Felda Sungai Retang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg. Awah dan Felda Chini 3,” katanya.
Katanya, meskipun generasi Felda kini sudah masuk ke generasi ketiga, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional masih tidak ada perancangan bagi generasi baharu itu.
“Realitinya generasi kedua Felda sudah lewat (berumur) 30-an dan 40-an. Sedangkan generasi peneroka kini beralih kepada generasi ketiga,” ujarnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top