pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jumlah Terkini Mangsa Banjir Yang "Di Pindahkan Di Rompin", Masih TidakBerubah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Rompin sehingga pukul 9 pagi Isnin masih kekal 27 orang daripada enam keluarga be...

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Rompin sehingga pukul 9 pagi Isnin masih kekal 27 orang daripada enam keluarga berikutan kediaman mereka di Kampung Rekoh masih digenangi air sedalam satu meter.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Rompin, Mohd Zulkifli Hashim berkata faktor kediaman kesemua mangsa yang terletak di kawasan rendah menyebabkan air banjir bertakung agak lama.
"Selain itu kampung itu juga terletak berhampiran dengan Sungai Keratong dengan jarak hanya kira-kira 200 meter.
"Disebabkan berhampiran sungai, air yang datang dari hulu telah melimpah ke kawasan berkenaan ditambah pula hujan lebat berterusan pada Khamis dan Jumaat lepas," katanya.
Beliau yang juga Pegawai Daerah Rompin berkata keadaan 'banjir termenung' itu berlaku sejak petang Jumaat lepas disebabkan air yang surut agak perlahan.
Namun katanya, kesemua mangsa yang ditempat di Balai Raya Kampung Rekoh itu dijangka dapat pulang pada Isnin memandangkan cuaca yang baik sejak dua hari lepas. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top