Kamaruddin: Tak Perlulah Buang Masa "Debat", Nazri Bukan "Level" Dr M

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berpendapat debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz hanya membuang masa kerana menteri Umno tersebut bukan saingan pengerusinya.
Sebaliknya, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor mahu melihat debat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) antara bekas perdana menteri itu dan perdana menteri semasa, Datuk Seri Najib Razak.
“Dr Mahathir tidak perlu buang masa dengan Nazri. Nazri tak sama ‘level’ dari segi kematangan dan pengalaman. Ia seperti pensyarah universiti berdebat dengan cikgu sekolah,” katanya.
“Kalau nak debat dengan perdana menteri tidak apa,” tambahnya.
Semalam, Dr Mahathir menolak cabaran bertanding di kerusi Parlimen Padang Rengas, Perak dan mengajak Nazri berdebat mengenai 3 perkara tersebut.
Menteri pelancongan dan kebudayaan, yang kini dalam lawatan kerja ke Berlin, Jerman, menyahut cabaran itu dan meminta Dr Mahathir melakukan persediaan sepatutnya.
Nazri dijangka pulang ke tanahair 13 Mac ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]