pahangdaily pahangdaily Author
Title: Keluar Dari Kerajaan Negeri, PAS Selangor 'Tunggu Arahan' Pusat !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: PAS Selangor hanya menunggu arahan daripada kepimpinan pusat sama ada kekal atau keluar dari Kerajaan Negeri Selangor. Pes...
SHAH ALAM: PAS Selangor hanya menunggu arahan daripada kepimpinan pusat sama ada kekal atau keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata beliau tidak mahu mendahului arahan walaupun berdepan tekanan di media sosial.
“Sekarang ini tiada arahan untuk keluar daripada kerajaan negeri dan kita akan teruskan (berada dalam kerajaan negeri),” katanya kepada pemberita di Dewan Negeri Selangor.
“Sekarang ini ramai orang yang lebih Presiden daripada Presiden,” tambahnya, yang juga exco kerajaan negeri.
PAS mengekalkan hubungan politik dengan PKR, walaupun selepas Pakatan Rakyat terkubur dan bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekutu PKR dalam Pakatan Harapan.
KR memimpin kerajaan Selangor, yang disertai PAS, DAP dan Amanah, hasil daripada persetujuan dalam kalangan pembangkang sejak pilihan raya umum ke-12.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan nasib kerjasama antara kedua parti akan ditentukan pada mesyuarat agung tahunan yang dijadualkan pada 29 April hingga 1 Mei di Kota Sarang Semut, Kedah, selepas beberapa kawasan termasuk di Selangor meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan PKR.
Iskandar sebelum ini memberi amaran tindakan memutuskan kerjasama dengan PKR hanya akan membuka laluan kepada Amanah.
“Kita tidak takut hilang jawatan…tapi kita takut Amanah akan masuk (ke dalam pentadbiran kerajaan Selangor).”
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz baru-baru ini mengesahkan rancangan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menawan Selangor. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, March 31, 2017 10:39:00 PM

Lobai Iskandar ni cakap macam Lidah Biawak.kata taj takut hilang jawatan tapi kena tunggu pulak bulan april plak.Dah korang Maki Hamun Pkr Dap Amanah masih nak duduk dalam Kerajaan Selangor.ni lah Spesis Berok MakYeh yang tidak tau MALU.

Anonymous said... Friday, March 31, 2017 11:02:00 PM

Hadi dan Abduh kate tak ada hubungan dengan Amanah DAP! Apa ke bodo? 2 CHAI ni bukan menang undi Muktamar CHAI ke guana? Kalo bukan Pusat Hadi dan Abduh ni Bisul ke?

Hadiran said... Sunday, April 02, 2017 1:06:00 PM

kita nk tengok adakah Dewan Syura akan wala atau derhaka pada presiden?

atau adakah kerja memutus hubungan dgn semua org dilakukan oleh presiden sorang manakala utk terus hubungan demi masyyukk akan dilakukan oleh Dewan Syura.

bermakna kriteria ada hubungan dgn amanah dan dap bukan penentu hubungan dengan parti lain. yg menjadi ukuran pas adalah semata2 keuntungan politik dan masyyuk.

kenapa tiba2 nk tunggu keputusan Dewan Syura pulak?

dan rakyat harus sentiasa diingatkan dengan

ENAKMEN HUDUD DAN QISAS TELAH DILULUSKAN OLEH DUN TERENGGANU TAHUN 2002 TETAPI TIDAK DILAKSANAKAN SETELAH 15 TAHUN BERLALU KETIKA PAS MEMERINTAH TERENGGANU.

munafik jenis apakah pas ini. yg dah lulus tidak dilaksana. yg baru hendak dibuat dengan cara yg sangat huduh hingga memecah belahkan rakyat Malaysia..

kita jangka ruu355 akan terus dipolitikkan sehingga PRU14 nanti.

ketika hampir PRU14 nanti, najib akan berlembut dgn ruu355 dan diserulah semua org sokong bn dan jika tidak dilaebl derhaka kepada Negara dan khalifah islam.

akan dikatakan najib sudah terima NASIHAT tuang presideng pas yg sgt bijaksana utk melembutkan hati najib demi perjuangan islam ruu355.

lick permainan assobiyah melayu dan assobiyah islam. namun rakyat bukan bodoh dan takkan lupa dgn rompakan dan penyelewengan Negara yg dilakukan khalifah itu. dan tidak akan lupa dengan 90j dedak yg misteri itu.

keperluan rakyat sekarang ialah utk hidup dgn lebih baik dgn pentadbiran yg amanah dan mementingkan rakyat, bukan rakyat kurang puashati dengan sebatan, penjara dan denda yg minimum ketika ini.

jika pun MCA menolak hudud pas dan masih menganggap ruu355 sebagai hudud, ia adalah kerana ruu tidak diurus dgn professional dan baik. ia telah menjadi isu perkauman dan agama. dan inilah senjata tadisional umno yg kini diasah tajam oleh pas.

sedangkan umat islam sedar ruu bukan hudud sebenar dan tidak rosak akidah dgn sebab menolaknya. ia adalah perkara perundangan yg sgt teknikal yg patut dibahas oleh pengamal undang2 semata2 dan bukan ditabur kepada rakyat ukt dinilai dengan ancaman 'menolak islam' akan jadi kafir dan jirat cina tempatnya.

sgt tercemar islam kerana pas.

 
Top