Alwi: Kuota Minyak Masak Subsidi Di Negeri Pahang Akan Di Tambah


KUANTAN: Kuota minyak masak bersubsidi di Pahang ditambah 200 tan lagi kepada 1,700 tan bermula 1 Mac lalu, kata Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid (foto).
Katanya, penambahan kuota itu bagi memastikan pengguna di Pahang tidak terputus bekalan.
"Mengikut rekod, secara purata setiap isi rumah di negeri ini hanya menggunakan 1.5 kilogram bahan masak itu sebulan, namun kita menambah 200 tan lagi untuk memastikan ia sentiasa mencukupi.
"Selain itu, ia juga dilakukan untuk mengelakkan aktiviti menyorok bekalan dalam kalangan peniaga yang bertujuan meraih keuntungan cara yang mudah," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan bahan tersebut dijamin melebihi keperluan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]