pahangdaily pahangdaily Author
Title: KPDNKK Sahkan, Harga Baru Gula Pasir Naik 11 Sen Sejak Semalam !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengesahkan harga gula dinaikkan daripada RM2.84 kepada R...
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengesahkan harga gula dinaikkan daripada RM2.84 kepada RM2.95 1kg sejak semalam.
Kementerian terbabit berkata, kenaikan itu ekoran peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.
“Di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No 2) 2017, Kementerian dengan ini menetapkan harga baru bagi gula pasir putih bertapis kasar pada harga RM2.95 sekilogram.
“Bagaimanapun, kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan kenaikan di negara lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kali terakhir harga gula diselaras ialah pada 25 Oktober 2013. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top