pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lee Chong Wei Ke Final Kejohanan Seluruh England, Kali "Ke Empat" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi bagi merealisasikan impian merangkul gelaran Seluru...

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi bagi merealisasikan impian merangkul gelaran Seluruh England buat kali keempat.
Chong Wei membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Chou Tien Chen dari Taiwan 10-21, 21-14, 21-9 dalam aksi separuh akhir di Arena Barclaycard, Birmingham, lapor BH Online.
Kemenangan itu menyaksikan beliau mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Tien Chen dalam enam pertemuan.
Chong Wei, 35, akan bertemu sama ada musuh tradisinya, Lin Dan dari China atau Shi Yuqi bagi perebutan gelaran juara, esok.
Beliau sudah tiga kali menjuarai Seluruh England iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2014. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top