pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lelaki "Maut Di Pukul", Gara-Gara Curi Kasut Bundle Bernilai RM200 !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 27 tahun ditemui mati dipercayai dipukul di sebuah kedai bundle di Jalan Merlin, Tampin di sini pagi ta...
SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 27 tahun ditemui mati dipercayai dipukul di sebuah kedai bundle di Jalan Merlin, Tampin di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata berdasarkan siasatan mangsa dibunuh kerana dipercayai mencuri sepasang kasut sukan jenama Adidas berharga RM200 dari premis berkenaan.
“Pada 4.45 pagi tadi, semasa pengadu iaitu abang mangsa melalui Jalan Batu Satu Seremban, Tampin dari arah Seremban, pengadu terserempak dengan sekumpulan orang ramai di tepi jalan, pengadu berhentikan kenderaan dan mendapati seorang lelaki terbaring di tepi jalan.
“Kemudian pengadu dapati mangsa adalah adik lelakinya yang berumur 27 tahun, kemudian pengadu bawa mangsa ke hospital Tampin dan dapatkan rawatan, semasa di hospital, doktor mengesahkan adik pengadu meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hamazah berkata hasil siasatan mendapati sebelum kejadian berlaku, satu laporan polis diterima kira-kira 2 pagi tadi, berkenaan pemilik kedai (B1) berjumpa seorang lelaki bernama Wan (si mati) yang masuk ke dalam kedainya bersama seorang perempuan dan mendapati mangsa memakai kasut Adidas berwarna biru sebelum bertanyakan kepada mangsa.
“Mangsa mungkin mencuri kasut tersebut dengan cara menyarungkan kasut berkenaan bagi mengelakkan perbuatannya itu disedari.
“Dalam kejadian ini, polis menahan 4 lelaki berusia 30 hingga 34 tahun iaitu pemilik kedai, 2 pekerja kedai termasuk abang mangsa sendiri. Abang mangsa turut ditahan berikutan terdapat saksi polis nampak dia turut menendang mangsa,” katanya.
Hamazah berkata bagaimanapun punca kejadian serta suspek sebenar yang memukul mangsa sehingga menyebabkan kematian, masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Tiada rakaman kamera litar tertutup di premis tersebut tetapi siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top