pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Orang Asli Seletar" Menang, Hak Tanah Air dan Pampasan Di Johor
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Orang Asli Johor hari ini mendapat kemenangan dalam kes pertikaian tanah apabila Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutusk...

PETALING JAYA: Orang Asli Johor hari ini mendapat kemenangan dalam kes pertikaian tanah apabila Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutuskan mereka memiliki hak adat ke atas tanah dan air mereka.
Menurut peguam S Yogeswaran, yang mewakili kumpulan itu, kerajaan negeri diarah membayar pampasan kepada masyarakt Orang Seletar yang kehilangan tanah adat mereka, mengikut harga pasaran.
“Pampasan yang diberikan kepada Orang Asli akan mengikut Akta Pengambilan Tanah,” katanya.
Tanah yang menjadi pertikaian itu terletak di Kampung Sungai Temon dan Kampung Bakar Batu, terletak dalam kawasan Teluk Danga di Iskandar Malaysia, Johor.
Bagaimanapun, masyarakat Orang Seletar merancang untuk merayu keputusan mahkamah, katanya.
“Mereka lebih suka mendapatkan semula tanah itu daripada pampasan. Ini kerana ikatan kepada tanah tradisi mereka.”
Menurut Yogeswaran, Orang Asli ingin memfailkan notis rayuan dan perintah penggantungan untuk mengekalkan status quo sehingga tarikh rayuan seterusnya.
Dalam perkembangan yang positif, Yogeswaran memuji keputusan mahkamah sebagai satu kejayaan kerana ia mengakui masyarakat Orang Asli mempunyai hak adat ke atas tanah dan, buat kali pertama, air.
“Keputusan itu satu kejayaan kerana Orang Seletar mendapat hak ke atas tanah tanpa mempunyai hak milik tanah dan hak tidak eksklusif ke atas air dan laut.
“Mahkamah juga mendapati kerajaan persekutuan dan negeri memungkiri kewajipan fidusiari kepada masyarakat Orang Seletar iaitu memastikan kawasan adat mereka terlindung.”
Lima tahun lepas, 188 dari masyarakat Orang Seletar dari kawasan Teluk Danga memfailkan saman terhadap Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar dan beberapa lagi defendan untuk mendapatkan hak ke atas Menurut Yogeswaran, Orang Asli ingin memfailkan notis rayuan dan perintah penggantungan untuk mengekalkan status quo sehingga tarikh rayuan seterusnya.
Dalam perkembangan yang positif, Yogeswaran memuji keputusan mahkamah sebagai satu kejayaan kerana ia mengakui masyarakat Orang Asli mempunyai hak adat ke atas tanah dan, buat kali pertama, air.
“Keputusan itu satu kejayaan kerana Orang Seletar mendapat hak ke atas tanah tanpa mempunyai hak milik tanah dan hak tidak eksklusif ke atas air dan laut.
“Mahkamah juga mendapati kerajaan persekutuan dan negeri memungkiri kewajipan fidusiari kepada masyarakat Orang Seletar iaitu memastikan kawasan adat mereka terlindung.”
Lima tahun lepas, 188 dari masyarakat Orang Seletar dari kawasan Teluk Danga memfailkan saman terhadap Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar dan beberapa lagi defendan untuk mendapatkan hak ke atas tanah adat mereka.
Defendan lain termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Pejabat Tanah & Galian Johor, Kerajaan Persekutuan, Node Dua Sdn Bhd dan Strait Bay Sdn Bhd.
Plaintif berbuat demikian susulan pemasukan syarikat swasta dan individu, dan juga keengganan pihak berkuasa mengiktiraf hak adat mereka ke atas tanah dan air.

Dalam saman sivil itu, Orang Seletar, yang juga dikenali sebagai Orang Laut, menuntut perintah perisytiharan berkaitan hak adat bersama dan kepentingan ke atas laut, dasar laut, sungai, dasar sungai, serokan pasang surut, teluk, muara, pelabuhan dan air bawah tanah di Selat Johor. adat mereka.
Defendan lain termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Tanah & Galian Johor, kerajaan persekutuan, Node Dua Sdn Bhd dan Strait Bay Sdn Bhd.
Plaintif berbuat demikian susulan pemasukan syarikat swasta dan individu, dan juga keengganan pihak berkuasa mengiktiraf hak adat mereka ke atas tanah dan air.
Dalam saman sivil itu, Orang Seletar, yang juga dikenali sebagai Orang Laut, menuntut perintah perisytiharan berkaitan hak adat bersama dan kepentingan ke atas laut, dasar laut, sungai, dasar sungai, serokan pasang surut, teluk, muara, pelabuhan dan air bawah tanah di Selat Johor. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top