[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga


SHAH ALAM: Permohonan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibenarkan sentuhan fizikal dengan ahli keluarganya ketika lawatan di penjara ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed yang menyifatkan tidak ada yang tidak rasional, menyalahi undang-undang dan ketidaksopanan prosedur dalam keputusan Jabatan Penjara itu.
“Mereka kata akan mempertimbangkan berdasarkan kes demi kes dalam surat mereka. Mahkamah lazimnya tidak akan campur tangan dengan badan membuat keputusan atau badan tribunal melainkan jika ia jelas salah atau ‘mala fide’,” katanya.
Nik Hasmat juga mengarahkan keluarga Anwar membayar kos nominal RM1,000 kepada Jabatan Penjara.
Anwar melalui surat peguamnya bertarikh 2 Mac 2016 memohon penjara membenarkan sentuhan fizikal ketika lawatan tetapi permintaan itu ditolak melalui surat, bertarikh 14 Mac 2016.
Sehubungan itu, beliau memfailkan semakan kehakiman dan dibenarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Turut bertindak selaku pemohon ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta empat anak perempuan mereka iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Ilham dan Nurul Iman juga empat cucu.
Anwar dan keluarga menamakan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.
Mereka turut mendakwa Jabatan Penjara menafikan sentuhan fizikal antara Anwar dan ahli keluarganya yang dipisahkan melalui dinding kaca serta percakapan dilakukan hanya melalui telefon ketika lawatan tiga minggu sekali. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]