pahangdaily pahangdaily Author
Title: Malaysia 'Nafi Dakwaan' Langgar Sekatan PBB Ke Atas Korea Utara
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Malaysia dengan keras menyangkal dakwaan ia telah melanggar sekatan dikenakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke a...
KUALA LUMPUR: Malaysia dengan keras menyangkal dakwaan ia telah melanggar sekatan dikenakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara di sebalik satu laporan bahawa firma-firma yang ada kaitan dengan Pyongyang menjalankan bisnes senjata di negaa ini.
“Malaysia dengan tegas menolak sebarang sindirian seumpama itu,” kata kenyataan media dipetik oleh Reuters hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan Malaysia telah menyediakan respons kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Panel Pakar Majlis Keselamatan PBB dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh.
Sebelum ini, Reuters melaporkan Glocom yang menjual peralatan perang beroperasi dari pejabatnya di Brickfields, dikatakan menutup kegiatan intipan bagi pihak Korea Utara.
Glocom ialah singkatan untuk Global Communications Co yang dikawal Biro Umum Peninjauan – agensi perisikan Korea Utara ditugaskan untuk operasi luar negara dan perolehan senjata yang dikenakan sekatan oleh PBB.
Menurut laporan PBB kepada Majlis Keselamatan PBB yang dilihat oleh Reuters, pejabat Glocom terletak di tingkat 2 sebuah bangunan usang di Brickfields.
Reuters turut mendapati Glocom mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi “tentera dan separa tentera” menerusi laman webnya di Malaysia, glocom.com.my, yang kini tidak boleh dicapai.
Menurut laporan Reuters, International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd dikuasai pemegang saham dan pengarah Korea Utara.
Susulan laporan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa dalam proses membatalkan pendaftaran 2 syarikat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi risikan Korea Utara.
Kata beliau, 2 syarikat itu adalah International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan Glocom. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top