pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mat Dan Tamatkan Zaman Bujang, Kahwin Dengan Gadis Terengganu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA TERENGGANU:  Pengacara rancangan travelog, Kareef Daniel Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan menamatkan zaman buja...

KUALA TERENGGANU: Pengacara rancangan travelog, Kareef Daniel Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis Melayu yang dikatakan bekerja sebagai pramugari di Bukit Chendering di sini semalam.
Majlis pernikahan yang berlangsung pada pukul 5.30 petang diadakan mengikut adat istiadat Melayu dan secara tertutup dengan hanya dihadiri waris terdekat dan sahabat rapat.

Turut hadir ibu bapa Mat Dan iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler yang berasal dari Bristol, England.
Terdahulu, pasangan itu ditunangkan dalam majlis ringkas di rumah pengantin perempuan pada pukul 10 pagi.
Sewaktu ditemui wartawan  kelmarin, Mat Dan yang fasih bertutur loghat Terengganu enggan mengesahkan khabar angin berhubung majlis perkahwinannya dengan gadis Melayu bertudung tersebut.
Begitupun, gambar majlis pertunangan dan pernikahan pasangan itu tersebar dalam media sosial.
Antara yang tersebar ialah gambar ibu Mat Dan, Nicol menyarung cincin ke jari manis menantu perempuannya yang mengenakan busana berwarna ungu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top