pahangdaily pahangdaily Author
Title: MH370: Mengapa Kerajaan Tidak Mahu Telus Jawab Isu Kecuaian ?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP mengkritik kerajaan yang dituduh bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak telus menangani krisis MH370...
PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP mengkritik kerajaan yang dituduh bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak telus menangani krisis MH370.
Hampir 3 tahun selepas kehilangan pesawat itu, Ahli Parlimen Stampin Julian Tan dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata kerajaan sehingga hari ini tidak menjawab soalan yang mereka ajukan.
Antaranya mengenai kecuaian kerajaan kerana tidak memintas pesawat, yang diajukan Steven di Parlimen Jun 2014. Seorang menteri menepis soalan Steven dengan alasan “rahsia”.
Julian dalam perbahasannya di Parlimen November 2016 meminta kerajaan menyediakan laporan terperinci mengenai kecuaian Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATC) dan tentera dalam mengesan dan tidak memintas pesawat.
Tiada laporan diberikan sehingga kini, kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.
Isu kritikal lain yang belum terjawab berkenaan penumpang yang menggunakan pasport curi, percanggahan dalam dokumen kargo, dan ketiadaan respon selepas radar tentera mengesan objek terbang yang tidak dikenal pasti di ruang udara Malaysia selama hampir setengah jam, kata mereka.
Mereka mendakwa sekurang-kurangnya seorang penyelia ATC tertidur semasa syif dan perlu dikejutkan oleh kakitangan bawahan beberapa jam selepas terputus hubungan dengan MH370.
Isu pada skala antarabangsa termasuk pelanggaran persetujuan antara Jabatan Penerbangan Awam dan pengurusan trafik udara Vietnam oleh Ho Chi Minh.
Mereka berkata Ho Chi Minh gagal mematuhi peraturan 5 iaitu mereka perlu memaklumkan unit serahan sekiranya mereka gagal menghubungi pesawat. Mereka menambah Ho Chi Minh hanya memaklumkan Kuala Lumpur 20 minit kemudian.
Selain itu terdapatnya kelewatan membuat panggilan kecemasan, yang sepatutnya dibuat dalam masa 1 jam selepas terputus hubungan dengan MH370 tetapi dikeluarkan lebih 5 jam kemudian.
Julian dan Steven berkata mereka diberitahu pada 2016 laporan mengenai pelanggaran protokol antarabangsa melibatkan Vietnam akan dikeluarkan. Bagaimanapun, tiada laporan diberikan sehingga kini.
Mereka menyeru kerajaan menterbalikkan keputusan menggantung pencarian MH370, kerana “jawapan kukuh” diperlukan sekarang ini.
“Kerajaan Malaysia menghina mangsa MH370 dan keluarga mereka dengan bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak telus menangani isu ini.
“Kos tinggi misi pencarian tidak seberapa berbanding nyawa berbilion penumpang,” kata mereka.
Julian dan Steven menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa Parlimen merentas parti untuk menyelia siasatan yang mesti dijalankan secara telus.
“Pada ulangtahun ke-3 MH370, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai sebab untuk menangguhkan penubuhan jawatankuasa terpilih parlimen.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top