pahangdaily pahangdaily Author
Title: 'Timbalan MB': Kenapa Salahkan Kelantan? Homoseksual Ialah Isu Negara
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub tidak patut menyalahkan PAS sebagai punca pe...
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub tidak patut menyalahkan PAS sebagai punca peningkatan golongan homoseksual di Kelantan sedangkan seluruh negara turut menghadapi masalah sama, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian selepas Jazlan menyalahkan PAS gagal mempromosi cara hidup Islam sebenar sebagai punca golongan homoseksual bertambah di negeri itu.
Amar berkata, isu homoseksual ialah isu negara dan kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) perlu memikul tanggungjawab bersama.
“Kenapa nak salahkan kerajaan Kelantan? Habis kerajaan Malaysia buat apa? Isu dadah, homoseksual ini adalah isu negara bukan hanya di Kelantan, dia ada tanggungjawab masing-masing.
“Kalau hanya Kelantan bertindak dan kerajaan pusat tidak kawal rakyat, tetap akan terdedah kepada gejala terbabit,” katanya.
Terdahulu, Jazlan yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan membidas pemimpin PAS yang mendakwa diri mereka juara Islam, tetapi tidak mampu menangani peningkatan aktiviti homoseksual.
Jazlan turut membidas Mohd Amar kerana menyalahkan Thailand mempengaruhi penduduk Kelantan terlibat dengan aktiviti homoseksual.
Mohd Amar bagaimanapun menolak dakwaan Jazlan itu dan menegaskan isu homoseksual tidak patut dipolitikkan.
“Kalau nak salahkan satu sama lain tidak selesai masalah, saya nasihatkan mereka lebih gentleman dan tidak mempolitikkan semua perkara.
“Saya tidak salahkan Thailand. Saya kata antara faktornya kerana kedudukan geografi Kelantan dekat dengan Thailand, sekaligus memudahkan usaha pengaliran dadah.
“Kerajaan Kelantan secara berterusan berusaha mengurangkan gejala homoseksual dengan melakukan pelbagai program selaras bidang kuasa kerajaan negeri yang ada,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top