pahangdaily pahangdaily Author
Title: MP Raub: "Peneroka Felda" Harus Berani "Buat Keputusan Politik" Pada PRU14
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Warga peneroka Felda harus mengetepikan kepentingan diri sendiri, sebaliknya perlu berani melakukan perubahan politik dalam Pilih...


SHAH ALAM: Warga peneroka Felda harus mengetepikan kepentingan diri sendiri, sebaliknya perlu berani melakukan perubahan politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk membantu orang Melayu dan negara, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama dari DAP ini berkata, sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan peneroka Felda penyebab Umno masih mempunyai pengaruh kuat ke atas mereka.

“Mereka (warga Felda) mempunyai segala-galanya, mereka mempunyai 10 ekar tanah untuk membina sebuah rumah dan boleh membina sebuah banglo, walaupun penduduk bandar orang tidak boleh membina sebuah banglo,” kata beliau di Konvensyen Warga Felda di sini hari ini.

Raub merupakan salah satu kerusi Parlimen yang terletak di kawasan Felda.

Mohd Ariff, bekas ahli Umno mengetengahkan pendirian ini ketika timbul hujah sesetengah pihak bahawa nasib peneroka Felda dan orang Melayu akan terjejas jika Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP mengambil alih Putrajaya dalam PRU14.

Beliau juga berkata, para peneroka, yang majoritinya merupakan orang Melayu tidak perlu bimbang kerajaan nasib mereka dan institusi bernama Felda tetap akan terpelihara jika kerajaan Barisan Nasional (BN) digantikan oleh Pakatan Harapan.

“Usah bimbang kehidupan orang Felda, peneroka Felda dan institusi Felda tidak akan hilang,” tambah beliau.

Malah katanya: “Kita tukar kerajaan pada PRU-14 nanti. Dunia orang Melayu takkan tamat.”

Sehubungan itu, Ariff meminta warga Felda untuk menolak momokan kononnya pembangkang, orang Cina dan DAP mahu mengancam institusi Felda, yang kini katanya dilanda kemelut wang, kerana lebih baik untuk semua jika Felda diperbetulkan.

“Itu yang kita nak buat. Usah takut. Kita takkan memusnahkan institusi-institusi yang membantu orang Melayu,” katanya.

Konvensyen Warga Felda yang dianjurkan Pakatan Harapan.


Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Monday, March 20, 2017 3:43:00 PM

Masalah Felda berpunca dari kelemahan dan ketidakcekapan pengurusan,ketirisan,salahguna kuasa dan rasuah. Manakala dipihak peneroka pula ada sebilangan peneroka pemalas berusaha dan kurang berinisiatif,kurang produktif dan bergantung semata-mata kepada Felda untuk hidup. Masalah juga disebabkan peneroka kurang produktif berbanding peruntukan yang banyak diguna sebagai belanja hangus dan tidak mendapat pulangan berganda.Saluran peruntukan yang banyak disalurkan oleh kerajaan tidak setimpal dengan pulangan yang dihasilkan peneroka Felda.Budaya malas dan tidak produktif menjadi beban kepada Felda.


Rizal
Anak Peneroka Jengka

 
Top