pahangdaily pahangdaily Author
Title: Muafakat Baharu Pembangkang Tanpa Anwar Untuk Hadapi PRU-14
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Kenyataan balas Tun Dr Mahathir Mohamad yang berbunyi “Bukan DAP saja yang boleh tentukan siapa (jadi Perdana Menteri)” terhadap kenyata...
Kenyataan balas Tun Dr Mahathir Mohamad yang berbunyi “Bukan DAP saja yang boleh tentukan siapa (jadi Perdana Menteri)” terhadap kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke yang Pakatan Harapan bersedia melantik wanita sebagai Perdana Menteri amat menarik perhatian.
Pemimpin yang dimaksudkan Loke, dan dipersoalkan Dr Mahathir tidak lain tidak bukan ialah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Susulan itu, kedengaran timbulnya satu cadangan untuk mengadakan satu gabungan pembangkang yang baharu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diketuai PPBM dan Dr Mahathir di dalam satu mesyuarat yang dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan PPBM.
“Lebih menarik hanya team Azmin yang mewakili PKR di mesyuarat itu. Team Rafizi langsung tidak kelihatan,” kata satu sumber yang hadir di mesyuarat tersebut.
Antara isi penting muafakat baharu ini, kata sumber itu ialah cadangan agar tidak menggunakan nama Pakatan, sebaliknya satu nama baharu yang akan dicadangkan bagi menghadapi PRU14.
Menarik lagi katanya ialah muafakat ini tidak melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah ia seolah-olah dicadangkan untuk membolehkan Dr Mahathir dapat mengambil-alih tempat Anwar di dalam pembangkang secara sah.
Yang mengejutkan semua pihak ialah cadangan muafakat baharu ini “boleh” diterima oleh sebuah parti terkuat di dalam Pakatan Harapan.
Sekiranya maklumat daripada sumber ini tepat, ini bermakna Dr Mahathir memulakan langkahnya untuk mengetuai pembangkang, dan sekiranya beliau mendapat sokongan penuh DAP untuk menubuhkan muafakat ini, maka beliau akan berjaya membebaskan diri daripada bayangan Anwar selepas ini dalam soal menentukan hala tuju pembangkang.
Dr Mahathir sebagai pakar politik sudah tentunya memahami kelemahan utama Pakatan Harapan kini ialah hakikat dan persepsi ia dikuasai ahli Parlimen bukan Islam dan tidak diketuai sebuah parti tunjang orang Melayu apabila tiadanya PAS.
Kelemahan itu menyebabkan Pakatan Harapan tidak akan dapat bersaing dengan Umno di kawasan kubu Umno yang menjadi nadi kerajaan BN.
Strategi untuk mengadakan satu muafakat baharu di mana ia akan ditunjangi PPBM, sebagai sebuah parti orang Melayu, dipercayai adalah untuk mengatasi kelemahan yang ada pada Pakatan Harapan ini.
Persoalannya, apakah reaksi pasukan Rafizi Ramli terhadap muafakat ini yang bakal menyebabkan bosnya yang masih di penjara menjadi semakin tidak relevan?
Sejauh mana pula kekuatan PPBM secara sendirian untuk mengetuai muafakat ini? Bolehkah ia menang tanpa berunding dengan PAS?
Baru-baru ini juga, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata PKR dan PPBM akan terus berunding dengan PAS mendedahkan peluang PKR dan PPBM di peperangan 3 penjuru sangat merisaukan.
Cuma, sekiranya muafakat ini berjaya dibentuk, bagaimana PKR dan PPBM mahu berunding dengan PAS, kerana semestinya DAP tidak akan bersetuju PKR dan PPBM untuk berunding dengan PAS?
Sekiranya rundingan dapat diteruskan, apakah PKR dan PPBM dapat memberi jaminan kepada PAS parti lain tidak akan mengacau kerusi PAS yang dipersetujui bersama antara PPBM, PKR dan PAS?
Sekiranya tidak, apa gunanya hendak berunding dengan PAS?. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top