pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mufti Perlis: Sibuk, Bukan Alasan "Tiada Masa" Bersama Keluarga !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KANGAR:  Ketua keluarga harus mengelak daripada terlalu sibuk hingga tiada ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga, kata Mufti Pe...

KANGAR: Ketua keluarga harus mengelak daripada terlalu sibuk hingga tiada ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga, kata Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Katanya amalan sering bersama keluarga dapat membentuk keluarga menjadi lebih harmoni.

"Ramai rakyat Malaysia khususnya umat Islam dilihat sentiasa dalam keadaan 'sibuk' hingga lupa tugas dan tanggungjawab untuk bersama isteri dan anak-anak.

"Jika dibiarkan berpanjangan boleh merencatkan perkembangan keluarga. Sibuk mencari rezeki tidak wajar dijadikan alasan," katanya dalam ceramah mingguannya di Masjid Syed Alwi di sini malam semalam.

Mohd Asri berkata pengalamannya tinggal dengan keluarga Islam di beberapa negara di Eropah dan Australia, melihat mereka begitu pentingkan keluarga dan sangat berbeza dengan masyarakat Islam di negara ini yang membazirkan banyak masa di luar.

Walaupun kebanyakan ketua keluarga di sana juga sibuk mencari rezeki di siang hari tetapi mereka terus pulang ke rumah untuk bermesra dengan keluarga masing-masing, katanya.

"Kedai-kedai makan turut menutup perniagaan pada pukul enam petang dan ini secara tidak langsung menutup ruang untuk orang ramai melepak atau berbual kosong di kedai-kedai tersebut," tambahnya.

Mohd Asri menyarankan setiap ketua keluarga membawa anggota keluarga masing-masing menunaikan solat berjemaah di masjid dan mendengar ceramah agama yang memanfaatkan mereka.

Pada Selasa, beliau turut melakukan prapelancaran program Perkampungan Sunnah Siri Keempat anjuran pejabat mufti Perlis dengan kerjasama kerajaan negeri bertemakan 'Kegemilangan Para Imam Mujtahid.'

Perkampungan Sunnah itu akan diadakan di Masjid Alwi pada 28 hingga 30 April. #sumber


Promosi Iklan Murah Serendah RM1.00 Kini Di Buka. Pasarkan Produk Anda Menerusi Iklan Berbaris (Di Bawah Artikel) Di PDO Skrg. Ruangan Terhad. Berminat?, Sila WhatsApp IKLAN Ke 010-8672810 Skrg. Tempoh Minima 30 Hari. Harap Maklum

Advertisement

Post a Comment

 
Top