Najib: Kerajaan Tak Akan Bentang Usul RUU 355 Hj Hadi di Parlimen !

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) hari ini memutuskan untuk tidak membentangkang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Parlimen selaras dengan dasar dan amalan konsensus.
“Justeru Rang Undang-undang ini akan terus menjadi bil persendirian. Dan terserah kepada Speaker (Dewan) untuk menentukan,” kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn di sini.
Perdana menteri juga menyerahkan usul Hadi itu kepada budi bicara Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Kalau Speaker memutuskan ia dibentangkan, maka ia akan dibentangkan. Speaker juga akan memutuskan peraturan berhubung RUU tersebut,” katanya.
Ditanya adakah keputusan ini bermaksud ahli Parlimen BN tidak akan menyokong RUU berkenaan apabila ia dibentangkan atau mereka boleh mengundinya, Najib berkata:
“Mungkin ada atau tidak ada undian. Bergantung kepada peraturan Speaker untuk memutuskannya,” katanya.
Mengenai UMNO dilihat cenderung kepada RUU tersebut, Najib bagaimanapun menafikannya.
“Tidak, kita semua percaya mengenai semangat dasar konsensus. Begitulah cara BN,” katanya.
RUU 355 pertama kali dibentangkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.
Ahli Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]