Najib Sarankan Agar Kerajaan Dan Pembangkang 'Bersatu', Isu Korea Utara !

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyarankan seluruh rakyat Malaysia termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang bersatu memberikan sokongan penuh terhadap usaha membawa pulang rakyat yang terkandas di Korea Utara.
Saranan melalui blog Najibrazak.com itu susulan langkah Pyongyang menghalang 9 rakyat Malaysia meninggalkan Korea Utara baru-baru ini.
Semalam, 2 daripada mereka, yang berkhidmat untuk Program Makanan Sedunia PBB, dibenarkan pulang, di sebalik rundingan peringkat kerajaan.
“Malaysia menjaga hubungan baik dengan semua negara tapi tidak bermakna pihak tertentu boleh menyalahgunakan layanan baik yang kita berikan selama ini.
“Mereka tidak boleh melanggar undang-undang negara atau tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat,” katanya.
Najib juga berharap rakyat Malaysia di Korea Utara dapat kembali dengan selamat dan merungkai segala persoalan mengenai pembunuhan Kim Jong Nam. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]