Najib, Zahid Sertai Ribuan Jemaah Tunai Solat Hajat Berdepan Korea Utara

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai lebih 8,000 jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Putra di sini, bagi memohon kesejahteraan negara yang kini berdepan ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
Turut menyertai jemaah di masjid tersebut ialah timbalan beliau, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat itu dilakukan sejurus selesai solat Jumaat.

Semalam, Najib meminta semua masjid di negara ini melakukan solat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.
Sebelas rakyat Malaysia, termasuk 3 pegawai kedutaan, dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan tindakan Malaysia mengusir duta negara itu, Kang Chol, yang diisytiharkan sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan.
Namun 2 rakyat Malaysia, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy yang menyertai Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini berada di Beijing, China. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]