pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Penggunaan Akta Hasutan (Akta 15) berkesan mengekang ekstremisme kaum dan agama, terutamanya kenyataan yang menghasut keb...
KUALA LUMPUR: Penggunaan Akta Hasutan (Akta 15) berkesan mengekang ekstremisme kaum dan agama, terutamanya kenyataan yang menghasut kebencian di media sosial.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata walaupun pengunaan akta itu tidak dipersetujui pihak tertentu, ia merupakan langkah menghalang kejadian membabitkan kaum dan agama tercetus.
“Kita mempunyai undang-undang yang ketat. Akta Hasutan boleh digunakan untuk menghalang perkara seperti itu dari berlaku, terutamanya kenyataan yang boleh menaikkan kemarahan kaum tertentu,” katanya.
“(Menghasut kebencian kaum) adalah kesalahan di bawah akta tersebut. Kita ada undang-undang lain yang boleh digunakan untuk mengawal tindakan seperti itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Annuar Abdul Manap (BN-Sekijang) yang bertanyakan mengenai langkah kerajaan membendung perpecahan kaum dan agama di media sosial, terutamanya kenyataan dan komen berunsur kebencian dari akaun palsu. 
Nazri, yang menjawab bagi pihak jabatan perdana menteri, berkata kementerian komunikasi dan multmedia memainkan peranan penting mengekang jumlah akaun media sosial palsu yang diciptakan dengan tujuan untuk menghasut kebencian kaum.
Beliau mendedahkan dirinya juga menjadi mangsa, apabila sejumlah akaun dicipta menggunakan namanya di internet.
Ahli Parlimen Padang Rengas berkata Akta Hasutan serta pantauan kementerian bertanggungjawab membantu membendung sebarang kejadian yang boleh mengganggu keharmonian pelbagai kaum.
“Saya percaya rakyat letih dan tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana ia mengajar kita kesederhanaan dalam negara pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya,” katanya.
Nazri yakin hubungan kaum akan bertambah baik kesan daripada pelbagai usaha yang diambil kerajaan, beliau bagaimanapun berkata internet menyediakan persepsi berlawanan.
“Sebelum ini, perbincangan yang boleh menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku secara terpencil. Hari ini, penyataan seperti itu boleh dilakukan melalui Facebook dan dibaca oleh orang lain,” katanya#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top