pahangdaily pahangdaily Author
Title: NGO Dedah Wujudnya Empangan "Beracun" Di Cameron Highlands !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
CAMERON HIGHLANDS : Dari jauh, kehijauan air di Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai Cameron Highlands kelihatan indah mempesona, namun ti...

CAMERON HIGHLANDS: Dari jauh, kehijauan air di Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai Cameron Highlands kelihatan indah mempesona, namun tidak ramai tahu bahawa warna hijau pada permukaan air itu terbentuk akibat pencemaran bahan kimia.
Menurut Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) Hafizudin Nasarudin, warna hijau di permukaan air itu dikenali sebagai alga dan merupakan petunjuk wujudnya pencemaran bahan kimia terhadap air.
Ia dipercayai berlaku akibat penggunaan baja kimia secara berleluasa oleh kebun-kebun sayur berskala besar yang diserap oleh tanah sebelum masuk ke sungai khususnya apabila hujan.
Beliau membuat pendedahan itu ketika lawatan tapak bersama sekitar 40 peserta Program Latihan Aktivis Alam Sekitar (LASAK) anjuran KUASA yang berlangsung bulan lalu.
“Jika kita lihat ada warna-warna hijau, itu maksudnya kehadiran alga, yang bermaksud air ini sudah tercemar akibat eutrophication, perkara ni terjadi sebab bahan-bahan kimia berkemungkinan besar dari kebun-kebun,” jelasnya.
Kata Hafiz, pertumbuhan alga pada permukaan air akan menghalang oksigen menyerap ke dalam air dan mengganggu hidupan air.
“Air itu sendiri perlukan oksigen supaya ikan boleh bernafas. Bila alga semakin banyak. Itu petanda ikan tak boleh hidup. Ini masalah di sini,” ujarnya.
Selain itu, pengurusan tanah tidak teratur yang menjadi punca pembukaan kebun-kebun sayur berskala besar juga jelasnya menyumbang kepada pencemaran sumber air yang memberi kesan kepada alam sekitar.
“Urus tadbir tanah di sini tak teratur. Bila pengurusan tak teratur, banyak sangat kebun dibuka, akhirnya ia akan beri impak kepada kualiti alam sekitar,” katanya.
Empangan Ulu Jelai terletak berhampiran pekan kecil Lembah Bertam yang menakung air dari anak sungai Bertam, Sungai Jelai (kini empangan) yang mengalir masuk ke Sungai Telom sebelum ke Sungai Pahang.
Selain isu pencemaran bahan kimia, tinjauan peserta mendapati air di Empangan Sultan Abu Bakar pula keruh.
“Air jadi berlumpur, banyak kawasan bukit ni yang ditarah dipotong tak ditanam balik dengan pokok-pokok.
“Jadi perlu ada usaha serius dari kerajaan untuk analisis balik tanah-tanah ini, tanam pokok pada tempat sepatutnya dan buat sistem imbangan antara jumlah kuantiti hujan dengan kebolehupayaan sungai menampung hujan supaya tak berlaku banjir,” katanya.
Sebagai langkah pemulihan, pihak penguatkuasa diminta supaya memantau pembukaan kebun-kebun haram dan tidak lagi mengeluarkan lesen bagi kebun berskala besar.
“Jika boleh, tolong fokus untuk beri pelan kepada setiap petani uruskan pertanian mereka dengan lestari untuk kurangkan impak kepada alam sekitar,” katanya lagi. #sumber


Promosi Iklan Murah Serendah RM1.00 Kini Di Buka. Pasarkan Produk Anda Menerusi Iklan Berbaris (Di Bawah Artikel) Di PDO Skrg. Ruangan Terhad. Berminat?, Sila WhatsApp IKLAN Ke 010-8672810 Skrg. Tempoh Minima 30 Hari. Harap Maklum

Advertisement

Post a Comment

 
Top