pahangdaily pahangdaily Author
Title: NGO Gesa "Umat Islam Bongkar", Apakah Sebenarnya Tuntutan PAS
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Sebuah NGO mendesak umat Islam yang mengharapkan Malaysia sederhana menunjukkan perkara sebenar berhubung tanggapan yang ...
PETALING JAYA: Sebuah NGO mendesak umat Islam yang mengharapkan Malaysia sederhana menunjukkan perkara sebenar berhubung tanggapan yang mereka perlu mematuhi agama dengan menyokong cadangan PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.
Jurucakap Bebas Azrul Mohd Khalib (foto) berkata beliau kecewa apabila PAS berjaya mempengaruhi sejumlah besar umat Islam untuk percaya yang agama meminta mereka menyokong rang undang-undang (RUU) pindaan akta yang akan dibentangkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.
Azrul menuduh PAS “membodohkan umat Islam biasa”.
Beliau berkata ramai Muslim biasa yang tidak melihat kepada “perkara paling penting” dalam pindaan yang dicadangkan itu.
“Apa yang mereka dengar ialah ia undang-undang Tuhan, ini Islam maka tidak ada pilihan lain. Itulah sebabnya orang macam saya dan orang lain yang mahukan Malaysia lebih adil dan sederhana akan menyoal dan mencabar Hadi,” katanya,
Beliau ditemui di luar ibu pejabat polis Petaling Jaya semalam selepas polis menyoal siasatnya berhubung himpunan Bebas pada 18 Februari, hari yang sama penyokong PAS berhimpun menyokong RUU itu yang sering dirujuk sebagai RUU 355.
“Polis hendak memastikan kami beroperasi mengikut undang-undang, dan kami memang patuhinya kerana memberi notis 10 hari sebelum himpunan dan memaklumkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk berhimpun secara aman di Tasik Taman Jaya,” katanya.
Azrul menepis mengenai jumlah peserta himpunan Bebas tidak ramai, dan berkata beliau berpuas hati kumpulannya dapat melaksanakan hak kebebasan bersuara.
“Satu perkara perlu dijelaskan. Ketika kami menganjurkan himpunan balas ini kami tahu tidak akan ada 30,000 di Tasik Taman Jaya. Malah, kami beritahu media kami jangkakan maksimum 100 orang saja. Tetapi sebenarnya 250 orang yang datang.
“Ideanya ialah kami melaksanakan hak kebebasan bersuara dan bebas berhimpun secara aman pada hari itu. Saya juga memulakan himpunan itu dengan ucapan tahniah kepada PAS di Padang Merbok kerana melaksanakan hak mereka untuk berhimpun,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top