pahangdaily pahangdaily Author
Title: NGO Minta SPRM Siasat Dakwaan Oleh Laman Blog Terhadap Shafie Apdal
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA:  Sebuah badan bukan kerajaan pada Rabu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta badan i...

PUTRAJAYA: Sebuah badan bukan kerajaan pada Rabu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta badan itu menyiasat dakwaan sebuah laman blog berhubung projek bekalan air di Pulau Gaya, Sabah, melibatkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar berkata blog 'Captain M The Great Soldier' itu mendakwa berlaku penyalahgunaan dana dalam projek tersebut yang tendernya dikeluarkan semasa Mohd Shafie menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Katanya menurut blog itu, projek bernilai RM100 juta tersebut yang bermula pada Disember 2011 dan sepatutnya siap pada September 2015 masih bermasalah dan bekalan air gagal disambungkan kepada penduduk yang disasarkan.

"Dengan peruntukan sebanyak itu, kita ingin tahu kenapa ia gagal.

"Dan lebih teruk kerajaan negeri juga mengakui tidak mengetahui mengenai projek tersebut yang dikatakan dibuat secara sistem tender terancang iaitu pemberian secara terus kepada syarikat tertentu atas kuasa menteri," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini Rabu. #sumber

Promosi Iklan Murah Serendah RM1.00 Kini Di Buka. Pasarkan Produk Anda Menerusi Iklan Berbaris (Di Bawah Artikel) Di PDO Skrg. Ruangan Terhad. Berminat?, Sila WhatsApp IKLAN Ke 010-8672810 Skrg. Tempoh Minima 30 Hari. Harap Maklum

Advertisement

Post a Comment

 
Top