pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nik Abduh: 'Kerajaan Pusat', Tidak Bersungguh Untuk Hapus ‘Industri Dosa’
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Tiada jalan lain bagi kerajaan mengekang gejala sosial di negara ini melainkan menghapuskan ‘industri dosa’ yang menjadi p...
KUALA LUMPUR: Tiada jalan lain bagi kerajaan mengekang gejala sosial di negara ini melainkan menghapuskan ‘industri dosa’ yang menjadi punca masalah itu, kata Ahli Parlimen Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas).
Malangnya, beliau berkata, setiap usaha yang dijalankan kerajaan sebelum ini hanyalah bersifat “melepaskan batuk di tangga”.
“Dadah masuk dengan begitu mudah, kita gagal selesaikan. Begitu juga judi dan pelacuran.
“Kerajaan tidak mahu dan tidak mampu ke isu sebenar, iaitu memastikan (pengedaran dadah, pusat judi dan pelacuran) ditutup sepenuhnya,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mengambil contoh negeri yang berdekatan sempadan, iaitu Kelantan, Perlis dan Kedah, yang menurutnya dimasuki dadah dengan begitu mudah.
“Kita akui Kelantan juga berhadapan isu gejala sosial yang teruk.
“Maka kerajaan mesti memerangi pengedaran dadah di kawasan kampung, kerana inilah yang menyukarkan sejumlah anak muda di sana sukar keluar daripada gejala dadah,” katanya lagi.
Memetik Sinar Harian 28 Februari lalu, jumlah penagih dadah pada 2016 meningkat pada angka 30,847 pada tahun lepas berbanding 26,668 pada 2015.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Sujat berkata usaha memerangi dadah sukar memandangkan bekalannya boleh diperolehi melalui negara jiran.
Memetik Harian Metro 14 Februari 2016 pula, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan berkata jumlah kes penagihan dadah di negeri itu meningkat kepada 3,239 kes pada 2015, berbanding 2,426 pada 2014.
Dalam pada itu, Nik Abduh juga menyarankan kerajaan memberikan elaun bulanan kepada graduan yang masih gagal mendapatkan pekerjaan.
Beliau berkata, bantuan itu hanyalah bersifat sementara bagi memudahkan golongan itu mencari pekerjaan, tanpa menyusahkan ibu bapa mereka.
“Memang kita boleh kata ini bumi subur (untuk mencari rezeki), tetapi isu pengangguran masih ada.
“Soalnya, masalahnya berpunca daripada graduan atau peluang pekerjaan yang tiada?” soalnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top