pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nik Amar: Hubungan "PAS-PPBM" Putus Jika Sertai Pakatan Harapan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : PAS mengancam untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya parti itu menyertai Pakat...
PETALING JAYA: PAS mengancam untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya parti itu menyertai Pakatan Harapan (PH).
Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS tidak lagi berminat untuk sepentas bersama PPBM jika parti itu menyertai pakatan pembangkang terbesar negara ini.
“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan. Kalau itulah keputusan rasminya, kita terpaksa membuat keputusan untuk tiada lagi hubungan dengan PPBM.
“Kerana itu tidak ada lagi perbincangan untuk terus bersama dan ia dianggap sudah selesai,” katanya lapor Harakah Daily hari ini.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyatakan PPBM sebulat suara bersetuju membentuk gabungan rasmi dengan PH.
Dengan itu, PPBM akan menyertai pilihan raya umum akan datang bawah 1 logo, 1 manifesto dan seorang calon bagi setiap kerusi yang diputuskan.
PPBM juga bersetuju untuk membentuk nama baru bagi gabungan berkenaan, serta logo dan simbol baru untuk pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, Amar menghormati pendirian PPBM menyertai PH.
“Kita ada pendirian kita dan orang lain juga ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh nak paksa sesiapa ikut kita,” katanya, dan mengingatkan PAS juga mempunyai pakatan tersendiri yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top