pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nurul Izzah: PM Najib Tidak Tahu Beza Politik & Urus Tadbir Telus !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kesal dengan keengganan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlime...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kesal dengan keengganan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi menyelia pengangkutan awam darat.
Katanya, cadangan penubuhan jawatankuasa itu bagi memastikan pelaburan dalam pengangkutan awam seiring dengan perkembangan ekonomi.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengelirukan rakyat apabila beliau menyeru Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) tidak dipolitikkan.
“Beliau (Najib) tidak tahu membezakan kepentingan politik sendiri daripada urus tadbir telus. Tuntasnya, Kerajaan Najib tidak komited dalam menambah baik pengangkutan awam berdasarkan harapan rakyat secara terbuka dan telus,” katanya dalam satu sidang media di Lobi Parlimen, hari ini
Katanya, cadangan itu ditolak atas dakwaan pemisahan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman akan menjamin pembangunan pengangkutan awam tidak dianiaya.
Ia kerana penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertujuan menambah baik pengangkutan awam dan mempunyai fungsi penyiasatan.
Nurul Izzah berkata, pengasingan kuasa yang diungkapkan hanya pada nama sahaja, namun SPAD tidak bebas dan bersifat bias.
Selain itu, beliau berkata, agak janggal untuk mencapai ketelusan apabila pihak lantikan Kerajaan Persekutuan sendiri menyiasat projek yang dikendalikan kerajaan.
Sebagai contoh, katanya, pembangkang pernah membangkitkan soal kos pembinaan Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) yang meningkat kepada RM53 bilion pada 2016 sedangkan peruntukkan asal adalah RM40 bilion, pada 2009.
“Persoalannya apa yang kerajaan mahu sembunyikan daripada rakyat berkenaan perbelanjaan MRT? Kami bimbang wujud ketirisan dan minta ketelusan dalam pengurusan dana negara kerana ia hasil daripada cukai rakyat bawahan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top