pahangdaily pahangdaily Author
Title: Orang Ramai Kemungkinan Hisap Rokok Seludup, Jika "Naik" Harga Rokok !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SEREMBAN: Cadangan menaikkan harga rokok bukan penyelesaian terbaik untuk mengekang orang ramai daripada terus merokok, kata Menteri Bes...
SEREMBAN: Cadangan menaikkan harga rokok bukan penyelesaian terbaik untuk mengekang orang ramai daripada terus merokok, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, kempen kesedaran bahaya rokok dan penguatkuasaan di sempadan negara bagi mengekang kemasukan rokok seludup, perlu dipertingkatkan dan diperkasakan.
“Kalau naikkan harga rokok, perokok akan terus merokok dan mereka mungkin beralih kepada rokok lebih murah seperti rokok seludup.
“Bahkan ia merugikan kerajaan dari segi kutipan cukai,” katanya kepada pemberita hari ini.
Mohamad berkata, kempen kesedaran bahaya rokok perlu diperbanyakkan supaya orang ramai sedar bahayanya rokok kepada kesihatan, selain mengetatkan penguatkuasaan undang-undang merokok di tempat awam.
“Saya tak galakkan orang hisap rokok untuk kutip cukai, tetapi saya juga tidak nampak jumlah orang yang merokok berkurangan disebabkan harga rokok tinggi.
“Itu bukan langkah yang menguntungkan sesiapa,” katanya.
Selasa lepas, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, ada perancangan menaikkan harga rokok pada masa terdekat bagi mengekang orang ramai terus merokok.
Beliau berkata, buat masa ini, harga rokok (tertinggi) dijual RM17 sepeket dan harga itu mungkin dinaikkan kepada RM21.50 sepeket. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top