pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Dakwa Amanah Dan Pakatan Harapan Yang Mencerca Mereka !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PAS hari ini berkata, kritikan terhadap sesetengah individu pada ceramah bukan bersifat “cercaan”, sebaliknya mereka seka...
PETALING JAYA: PAS hari ini berkata, kritikan terhadap sesetengah individu pada ceramah bukan bersifat “cercaan”, sebaliknya mereka sekadar menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepada parti Islam itu.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, partinya tidak pernah mencerca atau menghina seseorang individu.
“Yang jahat dibalas dengan cara sama. Mungkin ada 1 atau 2 individu di dalam PAS yang terlajak, tetapi bukan keseluruhan.
“Tak boleh ukur PAS dengan 1 orang atau 2 di dalam PAS, tetapi perlu lihat PAS secara keseluruhannya. Kalau ada cerca di dalam ceramah PAS, itu bukan polisi PAS,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas nasihat penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff semalam supaya PAS mengubah pendekatan mereka, iaitu ceramah yang sarat dengan cercaan, jika mahu terus kekal memerintah Kelantan.
Agus berkata, pendekatan PAS berbeza dengan Umno, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lebih lembut, kemas dan bersifat pujukan.
Khairuddin berkata, PAS menerima pandangan Agus dengan hati terbuka, tetapi beranggapan pensyarah kanan sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mungkin menerima maklumat salah.
“Yang kritik, hentam dan buat macam-macam angkara terhadap kerajaan PAS dan PAS Kelantan itu Amanah dan Pakatan Harapan (PH).
“Lihat PH yang saban hari cerca PAS, tuduhan pakat dengan Umno, sokong Umno, jadi tongkat Umno, sokong rasuah Umno dan panjangkan hayat Umno.
“PAS Kelantan jalan macam biasa dan kita bawa pendekatan politik matang dan sejahtera,” katanya.
Khairuddin turut menjelaskan kritikan terhadap bekas naib presiden PAS yang sudah menyertai Amanah, Datuk Husam Musa pada ceramah parti Islam itu di Kelantan, bulan lalu, disebabkan penasihat Amanah Kelantan itu menyerang kerajaan negeri Kelantan dengan pelbagai tuduhan.
“Takkan ahli PAS Kelantan dan kepimpinan PAS nak berpeluk tubuh dan diam sahaja. PAS akan jawab bila ada tuduhan jahat. Yang jahat dibalas dengan cara sama atau seumpamanya,” katanya.
PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP yang membantah usul rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.
Pakatan Rakyat (PR) kemudiannya terkubur dan parti serpihan PAS, iaitu Amanah ditubuhkan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top