pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pelancong Korea Cedera Di Serang Kera, Di Pantai Teluk Chempedak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Kunjungan seorang pelancong Korea Selatan untuk menikmati keindahan pantai Teluk Chempedak bertukar tragedi apabila dia diser...

KUANTAN:  Kunjungan seorang pelancong Korea Selatan untuk menikmati keindahan pantai Teluk Chempedak bertukar tragedi apabila dia diserang sekumpulan kera liar yang dipercayai kelaparan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Pyoeng Seok, 69, mengalami kecederaan di kepalanya selepas terjatuh atas batu besar yang banyak terdapat di pantai itu.

Difahamkan, mangsa berkunjung ke kawasan peranginan itu seorang diri dan tidak menyedari kehadiran sekumpulan kera liar di  belakangnya ketika berjalan menuju ke Teluk Tongkang.

Saksi, Mutalib Ahmad, 23, berkata, dia yang  berada tidak jauh dari lokasi kejadian melihat sekumpulan kera liar melompat dan menyerang mangsa bertubi-tubi.



“Mangsa yang terkejut dan tidak sempat mempertahankan diri terjatuh atas batu hingga menyebabkan dia mengalami pendarahan di kepala.

“Saya cuba usir haiwan liar itu dengan membaling batu serta kayu bagi menyelamatkan mangsa sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi APM, Mohd Firdaus Anuar berkata, lima anggota APM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat orang awam.

Menurutnya, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih mendapat rawatan di Hospital Pakar Kuantan (KPJ) di Tanjung Lumpur.

“Semua haiwan liar itu berjaya dihalau oleh beberapa pengunjung yang berada di tempat kejadian,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top