pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pengeluar: Harga Gula Wajar Naik Kerana "Kejatuhan Nilai Ringgit" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pengeluar gula bertapis utama negara mengalu-alukan kenaikan harga runcit gula daripada RM2.84 kepada RM2.95, dan berkata...
PETALING JAYA: Pengeluar gula bertapis utama negara mengalu-alukan kenaikan harga runcit gula daripada RM2.84 kepada RM2.95, dan berkata langkah itu tepat pada masanya.
Ketua Pegawai Eksekutif MSM Malaysia Holdings, Mohamad Amri Sahari, berkata gula merupakan industri yang dikawal selia di negara ini di mana pihak industri wajib memastikan bekalan gula sentiasa mencukupi.
“Industri gula beroperasi dalam keadaan ekonomi yang sangat lemah berikutan kenaikan harga gula mentah global dan faktor ini menyumbang kepada kos pengeluaran yang lebih tinggi kira-kira 40%.
“Kejatuhan nilai ringgit Malaysia berbanding dolar AS juga memburukkkan lagi keadaan,” katanya .
Beliau mengulas kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebanyak 11 sen, menjadikannya kini RM2.95 sekilo.
KPDNKK berkata, kenaikan itu ekoran peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.
Kali terakhir harga gula diselaras ialah pada 25 Oktober 2013. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top