Petugas Media "Di Halang" Untuk Lapor Liputan Siasatan Awam SPR


SHAH ALAM: Petugas media yang mula berkumpul di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak jam 9 pagi tidak dibenarkan membuat liputan di perkarangan pejabat SPR, pagi ini.
Lebih 10 petugas media diminta meninggalkan premis berkenaan dengan salah seorang pegawai dan jurufoto suruhanjaya itu turut merakamkan beberapa keping gambar petugas media sebagai ‘ancaman’.
Dalam kejadian itu, pegawai bertugas memberikan alasan tindakan terbabit sebagai sebahagian prosuder siasatan awam suruhanjaya itu.
Susulan itu, petugas media hanya dibenarkan berkumpul di ruang legar berdekatan pejabat utama SPR Selangor, di Kompleks PKNS.
Pada masa sama, dianggarkan 50 individu diminta tampil memberikan kenyataan kepada SPR untuk lanjutan proses penerangan pendaftaran alamat pengundian pengundi di Parlimen Sepang.
Ia susulan wujudnya pertikaian di pihak SPR yang mendedahkan wujudnya penama bagi ‘alamat tidak dikenali’ di kawasan terbabit.
Sesi pendengaran siasatan awam SPR dijalankan susulan timbulnya bantahan proses pendaftaran pemilih yang didakwa tidak bertepatan dengan prosuder suruhanjaya itu.
Antara pertikaian dibangkitkan termasuk isu pendaftaran alamat pengundian dan status daftar pemilih bagi Pilihan Raya Umum ke-14. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]