pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis Siasat Dua Kes, Isu 'Banduan Liwat Banduan' Di Dalam Penjara !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
IPOH: Polis Perak menerima 2 laporan daripada banduan yang mendakwa diliwat banduan lain dalam kejadian di Penjara Taiping dan Pusat Kor...
IPOH: Polis Perak menerima 2 laporan daripada banduan yang mendakwa diliwat banduan lain dalam kejadian di Penjara Taiping dan Pusat Koreksional Kamunting.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, kedua-dua laporan diterima kelmarin.
Kes pertama melibatkan mangsa berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh banduan berusia 50 tahun di Penjara Taiping, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, kes kedua pula dilaporkan oleh mangsa berusia 27 tahun yang mendakwa diliwat banduan berusia 42 tahun di Pusat Koreksional Kamunting, Taiping.
Kes disiasat menurut Seksyen 3777C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii, katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top