pahangdaily pahangdaily Author
Title: Projek 'Malaysia-China' Wujudkan 10,000 Kerja, Bukan Semua Orang Tempatan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Projek usahasama dengan China akan menghasilkan lebih 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia tetapi tak semuanya untuk oran...
KUALA LUMPUR: Projek usahasama dengan China akan menghasilkan lebih 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia tetapi tak semuanya untuk orang tempatan.
Menjawab soalan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong berkata pekerjaan itu akan diwujudkan melalui 33 projek yang syarikat berpangkalan di China labur di Malaysia.
Apabila Wan Azizah meminta beliau menyatakan sama ada 10,000 atau lebih pekerjaan itu untuk rakyat Malaysia, Tee Yong memberi contoh projek besi keluli di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), di mana separuh daripada pekerjaan untuk orang tempatan.
Syarikat itu, Alliance Steel (M) Sdn Bhd, milik penuh anak syarikat China, Guangxi Beibu Gulf Iron and Steel Investment Co Ltd.
“Projek itu, contohnya, akan menghasilkan 3,648 peluang pekerjaan. Dianggarkan 53% daripada pekerjaan itu akan diwujudkan khusus untuk rakyat Malaysia,” kata Tee Yong.
Beliau menjelaskan peluang pekerjaan untuk rakyat merupakan salah satu syarat untuk “beberapa” projek itu, terutamanya yang memohon insentif kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan tahun lepas Malaysia menyertai 14 perjanjian dan memorandum persefahaman dengan China untuk perniagaan dengan nilai keseluruhan RM144 bilion.
Empas belas perjanjian dan memorandum persefahaman itu untuk pelaburan, pembangunan, pembinaan projek Melaka Gateway, dan cadangan pembelian tanah dan pembangunan di Bandar Malaysia.
Menurut Najib, jumlah urusniaga itu merupakan yang terbesar pernah dicatatkan sempena lawatan rasminya ke luar negara.
Tetapi pengkritik khuatir kepentingan Malaysia dijual kepada China, sebagai tukaran kepada sokongan kewangan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top