pahangdaily pahangdaily Author
Title: PSM Bakal "Letak Calon" Di Kerusi Parlimen Cameron Highlands PRU Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Parti Sosialis Malaysia (PSM) bakal meletakkan calon mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen P078 Cameron Highlands pada...


KUANTAN: Parti Sosialis Malaysia (PSM) bakal meletakkan calon mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen P078 Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi. 

Perkara itu didedahkan oleh Suresh Kumar (foto), Setiausaha PSM Cameron Highlands menerusi kenyataan yang disiarkan di laman facebook beliau semalam. 

Menurut Suresh, sudah hampir 14 tahun PSM Cameron membuat kerja-kerja organisasi rakyat dan aktivism di Cameron Highlands. Kali ini PSM akan menilai pandangan pengundi Cameron samada aktivis dan organisasi rakyat boleh dibawa satu langkah ke depan dengan memenangi P078 Parlimen Cameron.


"Selama 14 tahun lepas PSM Cameron telah buat kerja tanpa sebarang jawatan dan dana; tetapi hanya berdasarkan kepada sumbangan dan sokongan rakyat. Jika kalah dalam PRU14, ini bukan bererti kami akan menghilangkan diri. Kami akan wujud selagi rakyat Cameron ditindas dan wujudnya usaha-usaha untuk memiskinkan lagi penduduk Cameron.", katanya.

"Kami tidak seperti calon-calon pembangkang lain di Cameron yang hanya tunjuk muka semasa PRU dan kemudian hilangkan diri. Kami juga bukan seperti calon-calon BN yang fikir PRU ialah waktu untuk berjabat, bersalam, berpeluk, minum teh, main futsal, buat kenduri, hadirkan diri di masjid, tokong, kuil dan gereja untuk dapatkan undi", tambah beliau lagi.

"Waktu PRU ialah waktu untuk membawa isu-isu seperti rakyat, alam sekitar dan pembangunan ke tengah meja perbincangan. Isu-isu seperti kesesakan lalulintas di Kea Farm, hutan yang semakin hilang di Blue Valley, banjir kilat di Brinchang, pegerai dipaksa pindah di Kea Farm, pelebaran sungai di Ringlet, petani kecil tanpa hakmilik tanah di Kg Raja, tidak upaya beli rumah murah di Tanah Rata dll. Inilah yang cuba dibawa oleh PSM Cameron, satu budaya politik yang mungkin baru tetapi yang sangat diperlukan oleh rakyat di taktala keadaan negara sekarang", kata kenyataan beliau itu. 

Menurut sumber, besar kemungkinan nama Suresh sendiri akan diangkat sebagai calon PSM bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan apakah ada kompromi antara PSM dengan Pakatan Harapan tentang perkembangan ini. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top