pahangdaily pahangdaily Author
Title: Raja Kamarul Bahrin: "Selesaikan" Krisis "Korea Utara" Secara Lebih Bijaksana
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Kerajaan disaran menyelesaikan krisis bersama Korea Utara dengan kebijaksanaan berbanding menunjukkan sikap konfrantasi...

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menyelesaikan krisis bersama Korea Utara dengan kebijaksanaan berbanding menunjukkan sikap konfrantasi.
Ketua Biro Antarabangsa AMANAH, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, krisis dihadapi ketika ini memerlukan penyelesaian secara diplomasi kerana ia membabitkan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan.
“Situasi semasa memerlukan keutamaan diplomasi dan bukan sikap ingin mengambil kesempatan menjadi wira yang boleh menimbulkan risiko terhadap rakyat kita di sana.
“Kita mesti kenal lawan dihadapi serta watak dimiliki ekoran situasi rakyat kita berada di Korea Utara,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, sebaiknya pihak ketiga dicari sebagai orang tengah bagi meredakan keadaan ke arah penyelesaiaan krisis terbabit.
Katanya, seperti dicadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerajaan juga perlu memberi taklimat kepada semua Ahli Parlimen supaya semua pihak memahami sepenuhnya isu berkenaan.
“Dengan taklimat rasmi, pembangkang boleh membuat pendirian rasmi seperti kita pernah minta berbahas berkenaan isu krisis Rohingya, baru-baru ini,” katanya.
Terdapat 11 rakyat Malaysia masih berada di Korea Utara dengan tiga daripadanya adalah petugas di Kedutaan Malaysia.
Korea Utara mengambil langkah dengan mengenakan larangan sementara kepada rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu ekoran kematian abang kepada pemimpin negara berkenaan di Malaysia. #sumber

Promosi Iklan Murah Serendah RM1.00 Kini Di Buka. Pasarkan Produk Anda Menerusi Iklan Berbaris (Di Bawah Artikel) Di PDO Skrg. Ruangan Terhad. Berminat?, Sila WhatsApp IKLAN Ke 010-8672810 Skrg. Tempoh Minima 30 Hari. Harap Maklum

Advertisement

Post a Comment

 
Top