pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pemergian Tan Sri Jins Shamsudin, Negara Kehilangan Legenda Filem
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan sebutir permata dalam industri filem negara dengan pemergian Seniman Negara Tan Sri Jins Shamsuddin, k...
KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan sebutir permata dalam industri filem negara dengan pemergian Seniman Negara Tan Sri Jins Shamsuddin, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
“Jins Shamsuddin adalah antara legenda terakhir negara yang telah mengubah landskap perfileman tempatan selepas Tan Sri P.Ramlee, yang juga seorang lagi legenda. Kita pasti merinduinya,” katanya kepada Bernama.
Jins, 81, berlakon dalam lebih 40 buah filem tempatan dan antarabangsa serta mengarah sendiri beberapa filem “box-office” dalam tempoh 50 tahun, bermula dengan lakonan pertamanya dalam filem “Matahari” pada 1951.
Salleh berkata Jins yang terkenal sebagai “James Bond Melayu” ketika berlakon watak utama sebagai perisik Jefri Zain dalam filem “Gerak Kilat”, berjaya membawa peminat filem tempatan dari era filem percintaan ala hindustan ke genre perfilemen aksi “thriller” moden.
Beliau berkata Jins, anak didik P. Ramlee, berjaya memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan negara jiran dalam setiap lakonan serta filem arahannya melalui mesej patriotisme, keberanian, ketaatan dan perjuangan seperti yang dipaparkan dalam filem “Bukit Kepong”
“Saya dan seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa moga Allah SWT merahmati roh Allahyarham,” kata Salleh.
Jins atau nama sebenar Mohamed Jins bin Shamsuddin, diberi penghormatan tinggi oleh kerajaan apabila beliau dilantik menjadi senator selama 2 penggal mulai 2004 hingga 2011, sebagai mewakili komuniti perfileman serta menjadi pelakon filem yang pertama mendapat status tersebut.
Selain itu, beliau yang dilahirkan di Taiping, Perak, turut dianugerah gelaran Seniman Negara oleh kerajaan pada 2009 atas sumbangannya pada kemajuan industri filem negara.
Jins meninggal dunia ketika hendak mendapat rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati semalam.
Sementara itu, rakan-rakan artis turut mengucapkan takziah kepada keluarga Jins dan menyifatkan pemergian pelakon itu satu kehilangan besar kepada industri filem negara.
Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy berkata beliau tidak akan lupa segala tunjuk ajarnya yang banyak membantu dalam bidang lakonan.
“Saya masih ingat lagi waktu pengambaran Ali Setan, Allahyarham cukup tegas bagi memastikan saya memainkan watak Asmidar dengan baik,” katanya ketika ditemui Bernama.
Ogy turut berharap agar anak Jins, Putera Hang Jebat meneruskan legasi ayahandanya dalam industri filem negara.
Pengarah filem Datuk Yusof Haslam pula berkata beliau banyak belajar daripada Jins dalam bidang seni dan arahan lakonan.
“Filem Bukit Kepong adalah salah satu filem kami berdua berlakon bersama dengan saya memegang watak MM Jaffar Hassan dan Allahyarham pula sebagai Sarjan Jamil Md Shah,” katanya.
Yusof berkata pemergian Jins satu kehilangan besar kepada negara. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top