pahangdaily pahangdaily Author
Title: Suami Isteri Maut Akibat Di Panah Petir, Ketika Berjoging Di Puchong
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut dipercayai dipanah petir di taman permainan Jalan Kenari, Puchong hari ini. Pemangku Ketua Po...
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut dipercayai dipanah petir di taman permainan Jalan Kenari, Puchong hari ini.
Pemangku Ketua Polis Serdang Supt Lee Wai Leong berkata Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, ditemui terbaring oleh orang awam pada kira-kira 6 petang tadi.
“Kedua-dua mangsa dikatakan sedang berjoging di taman permainan itu. Pihak polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai pasangan suami isteri yang dipanah petir.
“Seorang daripada mangsa mempunyai kesan darah di kepala dipercayai akibat terjatuh selepas dipanah petir,” katanya kepada Bernama di sini, malam ini.
Kedua-dua mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top