pahangdaily pahangdaily Author
Title: Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mempersoalkan mengapa suspek skandal Jabatan Air Negeri Sabah (JA...
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mempersoalkan mengapa suspek skandal Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram dan bukannya rasuah.
Beliau membangkitkan perkara itu ketika mencelah jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
“Saya tahu ia masih disiasat tetapi mengapa apabila masuk ke mahkamah, dakwaan berhubung kes pengubahan wang haram, bukan rasuah?
“Persoalannya, duit itu dijumpa di rumah (suspek). Ini yang saya ingin bangkitkan,” katanya.
Razali sebelum itu, ketika ditanya mengenai status siasatan kes dan tindakan yang diambil kerajaan oleh Ahli Parlimen Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja), berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Akta SPRM 2009 masih lagi berjalan.
Tahun lalu, SPRM merampas wang tunai berjumlah RM52 juta di rumah 2 pegawai kanan JANS, selain wang di bank dan aset lain, dalam tangkapan terbesar yang pernah dibuat badan itu.
Skandal itu dilaporkan berkait dengan penggelapan dana untuk pembangunan prasarana.
Pada 29 Disember lalu, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu menjatuhkan 37 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, kepada bekas pengarah JANS Ag Mohd Tahir Mohd Talib, isterinya Fauziah Piut dan bekas Timbalan Pengarah JANS Lim Lam Beng.
Mereka mengaku tidak bersalah dan kes akan mula perbicaraan 4 Julai ini.
Menjawab celahan Shafie, Razali berkata terdapat beberapa pendakwaan lain yang boleh dibuat, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada siasatan.
“Salah satu dakwaan yang boleh dikenakan adalah pecah amanah, ada juga melibatkan dakwaan rasuah.
“Selepas siasatan SPRM, kertas siasatan dikemukakan kepada peguam negara, (dan dakwaan) bergantung kepada maklumat yang diperolehi,” jelasnya.
Shafie, yang juga bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mengecam usaha mengaitkan dirinya kepada skandal itu, dengan berkata Kementerian Kewangan yang mempunyai kata putus dalam setiap kontrak yang diberikan.
“Proses tender dijalankan Jabatan Air (Sabah), Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kewangan. Tiada satu kementerian yang boleh memberi kontrak secara terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top