Sindiket "Jual Beli Pingat", SPRM Wajar Siasat Ke Seluruh Negara !


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjalankan siasatan menyeluruh berhubung sindiket jual beli darjah kebesaran daripada istana negeri di seluruh negara ekoran ia dipercayai berlaku.
Saranan itu dibangkitkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar selepas pihak berkuasa terbabit menjalankan siasatan dan mengambil keterangan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai kes individu menyogok baginda bagi mendapatkan darjah kebesaran.
“Saya sangat berterima kasih kepada Sultan Johor yang telah bekerjasama dengan SPRM serta menyerahkan nama itu.
“Diharap SPRM bukan hanya menyiasat perkara dinyatakan itu dalam kontek membabitkan Sultan Johor tetapi harus menjadikannya untuk mereka menyiasat secara keseluruhan dengan kemungkinan berlaku di seluruh negara iaitu sindiket jual beli darjah kebesaran daripada istana negeri,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.
Beliau berkata, sememangnya tindakan SPRM menjalankan siasatan dalam perkara itu amat dialu-alukan.
Namun, katanya ia perlu diperluas dan dibanteras ke seluruh negara daripada berleluasa.
Dalam pada itu, individu yang dikaitkan cuba merasuah Sultan Johor akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.
Perkembangan itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki beberapa jam selepas beliau mengeluarkan amaran serah diri terhadap lelaki berkenaan.
Lelaki berusia 54 tahun itu dilaporkan menyerah diri bersendirian tanpa ditemani peguam. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]