pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sultan Johor Sedia Dedah Ejen Beli "Tan Sri", Pada Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Sultan Johor hari ini menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) orang ...
JOHOR BAHRU: Sultan Johor hari ini menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) orang tengah cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.
Menerusi kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook baginda hari ini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda mahu SPRM mengadap baginda segera supaya perkara itu dapat disiasat.
Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada ketua setiausaha negara untuk gelaran “Tan Sri” daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Ini Johor, kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit,” titah baginda. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top