Tiada Debat: "Tun Mahathir-Nazri" Tetap Hadir Makan Laksa, Cendol !

KUALA KANGSAR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap hadir hari ini, walaupun perbahasan mereka berdua tidak berlangsung.
Kedua-dua pemimpin turut mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam sambil menikmati “laksa kuala” dan cendol serta menghayati pemandangan indah Sungai Perak di Lembah Kuala Kangsar.
Mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya terlibat dalam perbahasan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah petang ini anjuran Kumpulan Media Karangkraf.
Bagaimanapun, polis menolak permohonan bagi permit mengadakan perbahasan itu atas faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, kali terakhir beliau berjumpa Dr Mahathir kira-kira 5 tahun lalu.
Mengenai keputusan polis menolak permohonan permit perbahasan hari ini, beliau mengulangi kenyataannya perbahasan itu sebenarnya satu bentuk wacana.
“Saya harap polis dapat beri jawapan kepada saya kenapa tak beri (permit),” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]