pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tindakan SPR Pindah Dan Tambah Daerah Mengundi, Mengelirukan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : DAP mengesan terdapat keraguan dalam syor persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dipamerkan Suruhanjaya Pilihan...

KUALA LUMPUR: DAP mengesan terdapat keraguan dalam syor persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kali kedua (Syor 2) pada 9 Mac lalu.
Penolong Setiausaha DAP Selangor, Dr. Ong Kian Ming berkata, terdapat daerah mengundi yang muncul dalam syor persempadanan semula kawasan pilihan raya pertama (Syor 1) yang dipamerkan SPR pada 15 September tahun lalu tidak kelihatan dalam Syor 2.
Ia, katanya, melibatkan beberapa daerah mengundi di kawasan Parlimen Pagoh, yang ketika ini disandang Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau memberi contoh di mana daerah mengundi Kampong Teratai dengan 876 pengundi yang disenaraikan di bawah DUN N9 Gambir di dalam kawasan Parlimen P114 Ledang telah dikeluarkan dari kawasan Parlimen Pagoh.
“Ia adalah salah satu daripada beberapa daerah mengundi yang telah dikeluarkan dari kerusi Parlimen P143 Pagoh dan dipindahkan ke kerusi Parlimen P144 Ledang.
“Tiba-tiba, dalam Syor 2, daerah mengundi Kampong Teratai telah hilang.
“Perkara ini penting kerana jika 876 pengundi di Kampong Teratai tidak tahu di negeri mana dan Parlimen mana mereka diletakkan, mereka tidak boleh membantah proses persempadanan semula dalam Syor 2,” katanya.
Dalam masa yang sama, Kian Ming yang juga Ahli Parlimen Serdang mendapati terdapat beberapa daerah mengundi yang ditambah dalam Syor 2 namun tidak wujud dalam Syor 1.
“Walaupun SPR mempunyai hak untuk menambah daerah mengundi baru, ia haruslah dibuat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Pilihan Raya.
“SPR tidak boleh menambah daerah mengundi baru di antara proses persempadanan semula Syor 1 dan Syor 2. Tapi inilah yang berlaku, apabila SPR menambah daerah mengundi Taman Rimba kepada DUN N30 Mentakab (P88 Temerloh) dalam Syor 2,” katanya.
Katanya, penambahan daerah undi secara sewenang-wenangnya itu akan menyusahkan pengundi yang ingin melakukan bantahan terhadap proses persempadanan semula dalam Syor 2 kerana tidak dimaklumkan oleh SPR mengenainya dalam Syor 1.
Justeru, beliau menggesa supaya SPR menjawab kedua-dua dakwaan berkenaan.
“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menjejaskan proses persempadannya semula bagi Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) secara perlembagaannya dan kesahan prosedurnya,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top