pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tindakan Tegas Terhadap Aktiviti Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Di Janda Baik
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BENTONG: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan aktiviti penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Kekal ...

BENTONG: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan aktiviti penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Kekal di Janda Baik, Bentong dan di sepanjang laluan ke Genting Highlands, Pahang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pihaknya memang serius terhadap perkara itu dan akan mengenakan tindakan tegas terhadap peneroka yang giat menjalankan aktiviti penerokaan haram di kawasan hutan simpan tersebut.

Menurutnya, sehingga kini, Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah bertindak untuk mengawal kawasan hutan simpan itu yang telah dilaporkan oleh penduduk setempat terdapatnya aktiviti penerokaan hutan secara haram.

“Kini kita sedang memerhatikan bahawa terdapat beberapa kawasan yg telah diterokai dengan menggunakan warga asing dan kawasan ini diminati oleh mereka kerana tempat ini merupakan kawasan sejuk dibandingkan Cameron highlands dan kawasan di sini banyak diterokai oleh warga-warga Bangladesh.

“Saya akan membantu Jabatan Perhutanan untuk membuat siasatan undang-udang. Walaupun ini bukan tugas sebenar kita namun kita ingin membantu pihak kerajaan negeri  melalui beberapa perkara yang juga melibatkan kerajaan persekutuan,”katanya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan beliau selepas melakukan pemantauan pemeriksaan bersama anggota APM di Hutan Simpan Lentang di sini, semalam.

Shahidan yang juga merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata kebanyakan pihak yang meneroka kawasan haram itu hanya mengeluarkan modal menggunakan cara kontrak perladangan.

“Bayangkan orang lain nak cari tanah satu hekar pun susah  namun mereka ini datang ke negara boleh dapat  mengambil beribu-ribu hekar dengan mudah. Saya nak bagitahu bahawa negeri ini ada tuan, ada kerajaan dan ada undang-undang dan tindakan tegas akan diambil mengenai perkara ini.

Dalam pada itu, beliau berkata keindahan hutan dan panorama alam sekitar yang dinikmati di hutan ini akan pudar sekiranya manusia tidak menjaga dan memuliharanya sebaik mungkin.

”Kita kena ingat jika kita rosakkan hutan dan alam semula jadi, kita akan kekurangan air sungai dan sikap tamak mereka yang berlumba-lumba untuk cepat kaya telah mengakibatkan tanah kita musnah,”katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top