pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tony Kecewa Isu 1MDB Di Tolak, Najib Harap ‘Minion’ Sampaikan Wahyu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kesal soalannya di Dewan Rakyat berhubung pendirian Peguam Negara (AG) dalam i...

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kesal soalannya di Dewan Rakyat berhubung pendirian Peguam Negara (AG) dalam isu derma RM2.6 bilion ditolak Parlimen.
Beliau berkata, alasan bahawa soalan itu dibuat berasaskan ‘sangkaan’ sama sekali tidak boleh diterima.
Katanya, soalan dikemukakan bukan berdasarkan sangkaannya tetapi berasaskan kepada kenyataan pernah dibuat AG sendiri, pada awal 2016.
“Bukankah AG dalam sidang media pada 26 Januari 2016 mengumumkan tiada kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri kerana RM2.6 bilion itu derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.
“Atau adakah AG sudah memutuskan bahawa pendapat ‘derma’ dibuatnya dahulu kini sudah menjadi suatu ‘sangkaan’ yang tiada asasnya,” katanya di Facebook.
Tony turut meluahkan rasa pelik apabila sehingga kini Datuk Seri Najib Razak masih membisu berhubung derma berkenaan di Parlimen.
“Mengapa mesti dia bergantung kepada ‘minion’nya untuk menyampaikan wahyu kononnya wang itu derma Arab bukan duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Satu dunia kini anggap dia pencuri terbesar tetapi Najib masih enggan ke Parlimen, sekurang-kurangnya bagi berkongsi versi ceritanya.
“Nampaknya, dalam isu ini, kebisuannya hanya membuktikan tanpa ragu bahawa benarlah dia mencuri berbilion duit rakyat,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top